Rabu, 3 Mei 2017

KEDAH - Misteri kemunculan puteri bunian duduk sambil bermain air di tepi batu Panorama Tasik Pedu yang sangat menyenangkan dan indah













  KEDAH - Memancing kaloi  di Tasik Pedu...Tasik Pedu terletak di dalam daerah Padang Terap dan jauhnya lebih kurang 30 kilometer dari Pekan Kuala Nerang, Kedah.Ia merupaka tasik buatan yang dibina menjadi sebuah empangan untuk mengalirkan air untuk penanamam padi di kawasan Delta Kedah.

                                suasana waktu senja di tasek pedu

Tasik ini memang terkenal pada masa dahulu dengan kepelbagaian spesisnya seperti sebarau, jelawat, lampam, kaloi, patong, tilapia, baung ( jelong ) dan banyak lagi.Tak silap gua udang galah pun biasa orang dapat.Baru-baru ini timbul satu spesis ikan siakap.Entah la manusia mana yang lepaskan spesis ini kedalam tasik tersebut.Ini telah menyebabkan jumlah stok ikan asal menjunam turun kerana ancaman ikan ini


Inilah ikan patong penghuni tasek pedu  sepupu ikan puyu tu.saiznya besar dan kadangkala boleh memcapai 5 kilogram.penduduk kg ada menceritakan kawasan tasek ini perkampungan  orang bunian pernah terjadi seorang petani miskin menjala ikan di tasek pedu tiba tiba jala tersangkut ikan patong sebesar perahu hampir  1 jam usaha menarik ikan gergsi itu tapi gagal kerana kepenatan lalu ia pergi minta bantuan orang kg tapi  alangkah terkejut bila orang kg datang untuk membantu terlihat terlekat di jala hanya ikan patong sebesar tapak tangan sahaja setelah itu orang kg pulang 

lalu beliau terasa ada sesuatu yang aneh pada ikan itu lalu ia melepaskan kembali ke tasek waktu itu dengan tiba tiba ikan patong tadi menjadi besar dan hilang dari pandangan 
                                             suasana sepi di tasek pedu

 Panorama Tasik Pedu yang sangat menyenangkan dan indah menggamit pengunjung untuk datang.Ini antara tempat yang terletak berdekatan Mutiara Pedu Resort yang terkenal itu.Tapi sekarang pusat peranginan itu telah lama ditutup kerana masalah kewangan.Port diatas sesuai untuk sesi memancing santai secara berkumpulan atau berkeluarga. untuk memancing ikan yang aktif pada malam hari seperti baung dan sebagainya.

memancing di Tasik Pedu.Nak best kena naik bot baru chalenging dan hasil pun terjamin kerana banyak port yang boleh dicuba.terpegun melihat  ikan bermain yang kadangkala menyebabkan hati tidak senang duduk.

.